MALAYSIAKINI
Polis meneruskan operasi ke atas para aktivis dan para pemimpin Pakatan
Rakyat menjelang perhimpunan perhimpunan besar Kita Lawan di Kuala
Lumpur.
Seorang daripadanya, aktivis sosial Hishamuddin Rais 'diculik' oleh
beberapa individu yang berdekatan dengan tempat protes duduk Kita Lawan
dan dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi.
Seorang lagi, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ditahan dalam kejadian
berasingan di Pulau Pinang, kata senator PKR, Syed Husin Ali.
Menurut PKR, polis turut memanggil naib presiden parti itu, Tian Chua untuk siasatan di IPD Dang Wangi.
"Beliau kemungkinan besar akan ditahan malam ini," kenyataan rasmi parti itu dipetik.
Kejadian melibatkan Hishamuddin berlaku berhampiran persimpangan Jalan
Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman sejurus selepas Hishamuddin turun
dari teksi.
Beberapa lelaki yang menunggang motosikal menariknya dan membawanya
masuk ke dalam kereta berwarna perak yang mengekori teksi tersebut.
Lebih 10 orang aktivis yang ternampak kejadian itu mengejarnya, menyebabkan kenderaan tersebut terburu-buru membuat pusingan-U.
Beberapa penunggang motosikal bertindak memanjat pembahagi jalan untuk beredar dari situ.
Selipar Hishamuddin kemudiannya ditemui berhampiran tempat kejadian.
Beberapa minit selepas kejadian berlaku, Ketua Polis Daerah Dang Wangi
Zainol Samah diminta untuk mengesahkan sama ada Hishamuddin ditangkap.
Bagaimanapun, Zainol berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu.
Namun, para aktivis kemudiannya dapat mengesahkan bahawa Hishamuddin ditahan di IPD Dang Wangi.
Di Pulau Pinang, kejadian melibatkan Mohamad dikatakan berlaku pada kira-kira jam 11.40 malam di sebuah restoran di Sungai Dua.
Saksi, seorang MP PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berkata bedliau pada
masa itu sedang minum bersama timbalan presidennya itu selepas habis
bermesyuarat.
"(Mohamad ditahan) polis dari Bukit Aman lengkap dengan ski mask dan senjata lalu dibawa ke balai polis Seberang Jaya.
"Kami PAS Pulau Pinang berasa kesal dengan tindakan penangkapan ke atas
pesuruhjaya kami yang juga timbalan presiden PAS," katanya dalam satu
kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.