MALAYSIAKINI
Laman pembocor maklumat Sarawak Report berdepan penggantungan
selepas “individu tidak didedahkan” membeli hak cipta gambar hartawan
Jho Low berparti dengan beberapa orang selebriti.
Laman itu pernah menyiarkan beberapa gambar ahli perniagaan yang
dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), antaranya dengan
bintang Hollywood Paris Hilton.
Editor pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa firma Celeb Images Agency yang mendakwa mempunyai hak cipta terhadap gambar berkaitan tidak wujud.
Katanya, semakan Sarawak Report terhadap gambar yang beredar di Internet untuk empat tahun terakhir itu baru-baru ini dibeli oleh seorang individu.
“Syarikat bergelar Celeb Images Agency tidak benar-benar wujud sebagai
perniagaan dan tidak mahu bayaran atas penggunaan – ia hanya mahu ugut
kami supaya buang gambar itu dan ugut syarikat pelayan komputer untuk
memaksa kami, jika kami terus menggunakan pelayan itu.
“Jadi, kami mula rasa ragu. Kami jejak pemilik sebenar hak cipta dan
mendapati seseorang yang tidak didedahkan baru-baru ini membeli hak
cipta itu dan mereka tidak dibenarkan mendedahkan lebih daripada itu,”
katanya melalui sebuah e-mel.
Pelayan komputer Sarawak Report diberikan hingga Isnin utnuk membincangkan perkara itu, katanya lagi.
Laman itu sebelum ini mendedahkan beberapa e-mel didakwa anara 1MDB dan
PetroSaudi International dalam urus niaga dipertikaikannya, yang
dikaitkan dengan Jho Low.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.