MALAYSIAKINI
Perbahasan panas berlangsung di Parlimen berhubung perhimpunan Kita Lawan.
Anggota Parlimen Umno Bung Mohtar Radin berkata di sesetengah negara, polis sudah pun mengacukan senjata masing-masing.
Wakil rakyat Kinabatangan itu mengeluarkan kenyataan itu ketika bertegang urat dengan wakil PKR daripada Kapar G Manivanan.
Bung membidas pembangkang susulan kritikan terhadap polis berhubung
siasatan dan tangkapan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis.
Katanya pembangkang bernasib baik kerana Pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) tidak menggunakan senjata untuk menyuraikan perhimpunan.
Bung berhujah, pembangkang sering membuat masalah dengan perhimpunan
mereka tetapi apabila polis bertindak, mereka mendakwa polis kejam dan
menyalah guna kuasa.
Katanya, di negara lain, sewaktu penguatkuasaan polis kadang kala mengacukan pistol ke kepala.
Berang dengan kenyataan itu, Manivannan meminta Timbalan Speaker Datuk Roland Kiandee menegur Bung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.