MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus tutup
mulut terhadap cadangan penggabungan UMNO dan PAS seperti disaran
beberapa pihak demi kesinambungan agama dan bangsa Melayu.
Beliau yang ditemui pemberita malam tadi enggan mengulas apabila ditanya mengenai cadangan yang sentiasa tenggelam timbul itu.
Hadi hadir dalam program sambutan Jubli Perak 25 tahun di Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Shah Alam.
Bagaimanapun dalam ucapannya, beliau berkata pendamaian menjadi keutamaan dalam memelihara kepentingan masyarakat seluruhnya.
“Jika ada pemimpin negara yang yang salahgunakan kuasa, maka Allah izinkan berperang dengan penuh adab, dengan cara tak boleh bunuh wanita, tak boleh bunuh paderi dan sami, tak boleh musnahkan kebun dan tanaman, semua itu perlu dijaga.
“Dan pendamaian perlu diutamakan, jika pihak musuh mahu berdamai, kita kena terima,” katanya dalam program tersebut yang dianjurkan Gerakan Mahasiswa Islam (GAMIS).
Tidak dapat dipastikan siapakah ‘musuh’ dimaksudkan Presiden PAS itu tetapi parti itu sebelum ini kerap melabel UMNO sebagai musuh yang harus ditentang.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya menyambut positif berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.
Begitu juga dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan penggubungan PAS dan UMNO memerlukan jiwa yang kental dalam membuat keputusan itu.
Namum, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS tidak akan bekerjasama untuk bergabung dengan UMNO berikutan parti itu dikatakan menolak hukum Hudud yang ungin dilaksanakan PAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.