MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy
Jamaluddin mengadakan debat terbuka di kaca televisyen berhubung
perbicaraan dan penghakiman kes Liwat II.
Cabaran itu diajukan kerana tidak puas hati dengan siri jelajah ketua pasukan pendakwaan kes itu Tan Sri Shafee Abdullah.
Rafizi dan Khairy pernah berdebat di London dan dalam sebuah program anjuran Sinar Harian di Shah Alam sebelum ini.
Dalam sidang media hari ini, Rafizi berkata, program melibatkan Shafe
itu dimulakan oleh Pemuda Umno, malah dihadiri Khairy sendiri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 18
Februari bersedia menyediakan platform untuk debat terbuka antara
Shafee dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, peguam PAS Hanifa Maidin juga menawarkan diri untuk berdebat dengan Shafee berhubung kes itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.