MALAYSIAKINI
Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap masih lagi ahli parlimen
Permatang Pauh, PKR akan memohon beliau dibenarkan menyertai sidang
Dewan Rakyat mulai 9 Mac.
"Sebagai ketua pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat
untuk sidang Parlimen yang akan datang," kata setiausaha agung PKR
dalam satu kenyataan.
Rafizi
Ramli, yang juga naib presiden parti itu, menambah PKR dan kumpulan
peguam Anwar akan berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk
mendapatkan kebenaran tersebut.
Anwar masih kekal sebagai sebagai wakil rakyat sehingga petisyen pengampunan diraja yang dimohon semalam diselesaikan.
Walaupun keputusan memohon pengampunan itu dibuat oleh keluarga Anwar, kata Rafizi lagi, PKR memberikan sokongan penuh.
Biro politiknya memutuskan malam tadi untuk menyokong tindakan keluarga
Anwar dengan alasan beliau berdepan "ketidakadilan ketara" dalam kes
liwatnya.
"Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Anwar dilihat berunsur
politik bertujuan menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke
Putrajaya," kata Rafizi.
"Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah
mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Anwar
seorang tahanan politik yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya,
bukan kerana kesalahan yang diuar-uarkan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.