Mangsa maut di lokasi kejadian akibat cedera parah selepas rempuh belakang lori.
BATU PAHAT – Seorang penuntut Politeknik Merlimau, Melaka maut terlibat
kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Arah Selatan
jam 2 petang semalam.
Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa, Muhammad Shahraff Halim,19, merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di laluan kecemasan akibat rosak.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian, hujan dan mangsa menunggang bersendirian.
Katanya, dua lagi rakannya menunggang motosikal berasingan dan dikatakan dalam perjalanan dari Politeknik Merlimau menuju pulang ke rumahnya di Kampung Muhibbah, Paloh.
“Mangsa bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah, namun tiba di lokasi, dia melanggar bahagian belakang sebuah lori dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah manakala dua lagi rakannya tidak mengalami kecederaan kerana berjaya mengelak lori berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis menasihatkan kepada orang ramai supaya dapat berhati-hati di jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.