MALAYSIAKINI
EKSKLUSIF Berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia dan fail rasmi di Montenegro, Paul Phua, secara
teknikalnya, bukan lagi warganegara Malaysia.
Bukti baru berkaitan dengan rangkaian perniagaan Phua di Montenegro dan
hubungan dengan pegawai tinggi kerajaan di negeri Balkan itu,
menunjukkan dia telah menjadi warganegara Montenegro.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan dua kerakyatan, dan
sesiapa yang menerima kewarganegaraan negara lain, secara otomatik,
hilang kerakyatan Malaysia.
Menurut laporan siasatan oleh portal berita popular Montenegro, Vijesti,
Phua telah diberikan kewarganegaraan Montenegro selepas dicadangkan
secara peribadi kepada Perdana Menteri di negara ini, Milo Đjukanović.
Phua, yang didakwa seorang anggota kanan kongsi gelap antarabangsa,
menerima kerakyatan Montenegro kerana beliau adalah seorang yang
"berkepentingan khas bagi negeri itu, saintifik, ekonomi dan lain-lain
kepentingan Montenegro."
Dia dianugerahkan kewarganegaraan Montenegro antara Oktober 2013 dan Oktober 2014.
Malaysiakini bulan lalu melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Zahid Hamidi telah menulis surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan
(FBI), membersihkan Phua daripada kaitan dengan kongsi gelap 14K yang
berpangkalan di Hong Kong.
Zahid juga menyatakan bahawa Phua, yang berasal dari Sarawak dan
menghadapi tuduhan menjalankan perjudian haram di Amerika Syarikat,
membantu Malaysia dalam projek-projek keselamatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.