MALAYSIAKINI
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan tambang feri terus mengundang rasa tidak puas hati.
Pemuda PKR Pulau Pinang berkata kenaikan itu jika berlaku dilihat
sebahagian besar pengguna sebagai “rakus” dan ingin “merompak” rakyat.
Ini, kata Ketua Penerangan nya Nakshahbandi Sahar, ditambah lagi dengan
beban pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan
dilaksanakan April ini.
“Kami meminta supaya pihak SPPP mendengar suara rakyat Pulau Pinang dan
mempertimbangkan untuk menangguhkan cadangan kenaikan ini,sebaliknya
pihak SPPP harus memperbaiki dahulu perkhidmatan feri yang mana sebelum
ini agak kurang memuaskan,” katanya.
Kelmarin, bantahan sama dinyatakan oleh Pemuda Umno Pulau Pinang melalui
surat bantahan kepada SPPP kerana kadar baru itu didakwa terlalu tinggi
dan drastik.
Mengikut cadangan itu, kadar tambang motosikal bakal dinaikkan daripada
RM2 kepada RM3.50, kereta daripada RM7.70 kepada RM9, pejalan kaki
daripada RM1.20 kepada RM2 dan basikal daripada RM1.40 kepada RM1.50
sen.
Orang ramai boleh mengemukakan pendapat mengenai kenaikan itu sebelum atau pada 2 Mac sebelum keputusan muktamad dibuat, lapor Bernama.
Dalam kenyataannya hari ini, Nakshahbandi juga berkata pengguna
perkhidmatan feri Pulau Pinang kebanyakannya golongan berpendapatan
rendah dan sederhana yang “cukup-cukup makan”.
Sayap kanan PKR Pulau Pinang itu juga menggesa orang ramai membantah
cadangan itu sehingga ia ditangguhkan atau dibatalkan terus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.