LANGKAWI : Lebih 400 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala
Kedah, cemas apabila feri yang mereka naiki tiba-tiba diselubungi asap
ketika berada di perairan Langkawi, hari ini.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.35 tengah hari ketika feri dua
tingkat itu berlepas kira-kira 20 minit dari jeti Kuah menuju ke Kuala
Kedah.
Difahamkan, sejurus kepulan asap dikesan, anak kapal segera mengarah
penumpang memakai jaket keselamatan sebelum feri berpatah balik ke jeti
Kuah.
Feri terbabit bagaimanapun selamat tiba di jeti Kuah jam 12.55 tengah
hari dan semua penumpang kemudian dipindahkan ke feri gantian untuk ke
Kuala Kedah.
Seorang petugas feri yang enggan dikenali, berkata kepulan asap yang
dikesan dalam feri dipercayai berpunca daripada tindakan seorang
penumpang yang menghisap rokok dalam tandas feri.
"Penumpang terbabit dikesan meletak puntung rokok atas rak dalam tandas
yang diperbuat daripada gentian kaca menyebabkan berlaku kebakaran
kecil.
"Akibat kebakaran kecil itu asap telah masuk ke ruang penumpang dan berlaku suasana panik tetapi terkawal," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.