Seorang kurator seni Malaysia mempertahankan karya seorang artis muda
negara ini yang mencetus kontroversi kerana menonjolkan imej mirip ketua
negara dari sisi belakang.
Kurator yang enggan dinamakan itu berkata, pengkritik karya Vincent Leong sepatutnya meneliti keterangan hasil seni tersebut sebelum membuat andaian.
Beliau turut mempertahankan peranan Leong, 36, sebagai seorang artis untuk melontarkan kritikan sosial melalui karyanya.
“Leong memberi maklum balas terhadap seni kontemporari dan isu semasa, ianya terpulang kepada masyarakat (untuk menerima).
“(Masyarakat) Malaysia tidak boleh (menganggap setiap subjek seni) mengganggu sistem (negara), namun setiap pengkarya ada hujah mereka sendiri.
“Perlukah kita mempertikaikannya?,” kata kurator itu lagi yang telah meneliti karya Leong dalam pameran “Kenapamu Malaysia” di Singapura.
Karya berkenaan merupakan cetakan fotografi menunjukkan imej mirip Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam pakaian rasmi diraja – yang dirakam dari sisi belakang, katanya.
Pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, ia merupakan rakaman foto menggunakan model, dan bukannya lukisan seperti yang dilaporkan.
Siri tersebut turut menggambarkan imej mirip Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga dari sisi belakang.
Karya berkenaan menerima kecaman, antaranya dari Pemuda PAS dan NGO seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Laporan Sinar Harian menyebut, NGO dan aktivis parti berkenaan menganggap karya artis tersebut sebagai satu “penghinaan”.
Leong dalam keterangan karyanya menjelaskan bahawa beliau cuba melihat sesuatu isu dari sudut pandangan yang berbeza.
Ia bertujuan untuk membuatkan pengunjung berfikir bagaimana untuk melihat sesuatu perkara dengan cara yang lain dari biasa, katanya.
Beliau memberi contoh, perkara itu boleh dilihat dalam satu lagi karyanya dalam siri sama, yang menunjukkan imej Tugu Negara dari sudut pandang sama - dari belakang.
“Sudut gambar tersebut juga menimbulkan persoalan yang lebih luas.
“Apa perasaan sekiranya melihat monumen negara daripada belakang,” keterangan karyanya dipetik.
Leong ketika dihubungi Malaysiakini enggan membuka mulut untuk menjelaskan lagi mengenai karyanya.
Karya graduan University of London itu kini antara lainnya dipamerkan di Muzium Seni Guggenheim, New York.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.