SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa akan terus
menyertai himpunan solidariti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
meskipun berdepan dengan pelbagai ancaman.
Malah, Fariz berkata beliau akan bersama-sama dengan aktivis Adam Adli
Abdul Halim malam ini di Himpunan Solidariti (Vigil) Anwar Ibrahim di
pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
"Ya, diteruskan dan saya akan terus bersama dengan semua untuk meneruskan demo serta semua aktiviti yang dirancangkan.
"Malam ini pun saya akan turun di (Penjara) Sungai Buloh bersama-sama dengan Adam Adli," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Mengulas lanjut berhubung penahanannya semalam, Fariz berkata buat masa
ini tidak ada sebarang tuduhan dikenakan terhadap beliau dan Adam Adli.
"Setakat ini tak ada apa (sebarang tuduhan). Dibebaskan dengan ikat jamin polis," katanya.
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR
Fariz Musa dibebaskan polis selepas bermalam di lokap Jinjang malam
tadi.
“Tiada permohonan reman dipohon,” kata peguam mereka Michelle Yesudas di Facebook pagi tadi.
Petang semalam Adam dan Fariz ditahan polis ketika menyertai
perhimpunan setiakawan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
di depan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
Mereka dipercayai ditahan bawah seksyen 143, Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.
Perhimpunan semalam bermula dengan tarian singa sempena sambutan Tahun
Baru Cina, yang menarik perhatian kira-kira 200 pengunjung ke pusat
membeli belah itu.
Kumpulan tarian singa itu kemudian menyerahkan tulisan khat Cina kepada anak kedua Anwar – Nurul Nuha.
Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun penjara selepas Mahkamah
Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan liwat ke atasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.