Dua
remaja, A Nagarujun, 19, (kanan) dan seorang juvana, 17, (kiri) didakwa
di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan membunuh isteri
seorang anggota polis pada 11 Februari lalu. - Foto Bernama
IPOH - Dua lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke
Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas kesalahan membunuh seorang wanita
di Taman Tanjung Emas, Ulu Kinta, di sini, 11 Februari lalu.
Tertuduh, A Nagarujun, 19, dan seorang remaja berusia 17 tahun dituduh membunuh Izaah Abdullah, 52, yang juga isteri seorang anggota polis di No 9, Laluan Tanjung 4, Taman Tanjung Emas, di sini.
Mengikut kertas pertuduhan mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan menetapkan 22 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh digantung mandatori.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.