MALAYSIAKINI
Ketua Pegawai Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC),
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sekali lagi gagal untuk membatalkan dua
tuduhan pecah amanah terhadapnya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur hari ini.
Ia didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin.
Tahun lepas, Salleh gagal dalam percubaan pertama beliau untuk
membatalkan pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan
berkaitan dengan penggunaan dana untuk projek kontroversi Fidlot
Nasional.
Projek NFC diuruskan oleh Salleh, yang merupakan suami Ketua Wanita
Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka, dilanda
skandal sejak kegagalannya didedahkan dalam laporan tahunan Ketua Audit
Negara.
Salleh mempunyai peluang terakhir untuk merayu terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.