Oleh : NAEEM RAFFI
SHAH ALAM: Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel) akan memperhebatkan lagi usaha membantu golongan miskin di desa bagi memperoleh modal untuk memulakan perniagaan.
Pengurus Kanan Operasi Skimsel, Normaiza Yahya berkata, pihaknya mensasarkan 2,500 peserta atau dikenali sebagai Sadiq untuk didaftarkan di dalam program pembiayaan itu sepanjang tahun 2015.
“Kami akan terus berusaha mencapai sasaran itu dan memastikan setiap sen yang disalurkan itu diterima individu sebenar serta dimanfaatkan ke jalan yang betul.
“Selain memberi pembiayaan, Skimsel juga akan memastikan Sadiq terpilih diberi latihan dan kemahiran sebagai pakej lengkap,” katanya kepada Selangor Kini.
Normaiza berkata, Skimsel akan mewajibkan pegawai bertugas melakukan lawatan dua kali setahun iaitu Jun dan Disember dalam memastikan peserta naugannya berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Sepanjang beroperasi pada 2010 sehingga 31 Disember 2014, Skimsel berjaya menyalurkan dana kepada 11,163 Sadiq dengan pembiayaan sebanyak RM94 juta.
“Skimsel mengunjurkan pembiayaan sebanyak RM27 juta dengan sasaran 2,500 peserta bagi tahun 2015 dan Sadiq sedia ada (11,163), .
“Kita yakin dan percaya, menerusi usaha ini hasrat Kerajaan Negeri menganjak kualiti ekonomi serta sosial rakyat pinggir bandar bagi membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan akan tercapai,” katanya.
Daripada jumlah itu, kira-kira 400 Sadiq dikelaskan sebagai cemerlang dengan lebihan pendapatan seisi rumah RM5,000.
Rekod Skimsel juga mencatatkan lebih 4,000 Sadiq berada dalam kategori berjaya dalam bidang yang diceburi dengan lebihan pendapatan seisi rumah RM1,000 hingga RM4,999.
Sementara itu, lebih 1,500 Sadiq pula berada di posisi bertahan dengan lebihan pendapatan seisi rumah di bawah RM1,000 iaitu kebanyakan mereka baru memulakan perniagaan dan lebih membanggakan apabila pengurusan Skimsel berjaya memastikan 98 peratus daripada mereka yang terlibat membayar balik pembiayaan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.