MALAYSIAKINI
Keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati
kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu
“dianiaya".
Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.
"Tak
tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada
Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.
“Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang Satu (Allah), nak minta
tolong pada siapa lagi,” beliau dipetik sebagai berkata dengan nada
sebak.
Akhbar web PAS itu melaporkan Piah sebagai berkata demikian ketika
menerima lawatan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar di kediamannya
di Bukit Gantang semalam.
Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar
anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung
sekitarnya datang memberi sokongan.
“Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar
sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa
orang,” katanya sambil menitis air mata, lapor Harakahdaily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.