Khalid Abu Bakar
SUBANG - Seorang individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung
penyebaran berita palsu mengenai banjir yang melanda di beberapa buah
negeri di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu tersebut ditahan, Isnin lalu di sekitar Kuala Lumpur.
“Individu yang tidak bertanggungjawab ini, dilihat sengaja menyebarkan berita palsu dengan tujuan menghasut orang ramai agar membenci kerajaan.
“Kita kini giat mengesan beberapa lagi individu yang menyebarkan berita palsu. Polis juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti dan menahan mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media Majlis Sumbangan Mangsa Banjir kepada Warga PDRM, semalam.
Sementara itu, SKMM mempergiatkan siasatan penyebaran berita palsu banjir yang berleluasa dan meminta beberapa lagi individu untuk tampil memberi keterangan.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang penyebaran berita palsu keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, Kelantan telah pun hadir memberi keterangan.
“SKMM kini dalam proses memperkemas siasatan tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, SKMM kini sedang meneruskan siasatan dalam dua kes mengenai penyebaran berita palsu berhubung banjir di Pantai Timur.
“Kes pertama ialah tentang berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disembunyikan oleh kerajaan. Kami telah kenal pasti individu yang boleh membantu siasatan ini.
“Manakala kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita,” katanya.
Beliau berkata, SKMM memberi amaran supaya masyarakat tidak menghantar atau berkongsi maklumat yang tidak di ketahui kesahihannya.
“Perbuatan ini berpotensi untuk mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.