Mohd
Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya bahawa beliau bercakap
benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim, dan kali ini di hadapan K
SHAH ALAM - Pengadu kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim reda dengan apa jua keputusan kes itu yang akan diumumkan
10 Februari depan.
Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi laman
mikro Twitternya berkata, beliau yakin dengan sistem perundangan di
negara ini dan selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
"Hampir tujuh tahun kes. Akan terus doa, sabar dan istiqamah," tulisnya.
Badan Kehakiman Malaysia menerusi laman mikro Twitter rasminya memaklumkan perkara tersebut hari ini.
Anwar dalam reaksinya berkata, beliau yakin akan dibebaskan berdasarkan
penghujahan pasukan guaman, disokong perincian fakta dan undang-undang
kukuh yang dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.
Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan
membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa
Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26
Jun, 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.