MALAYSIAKINI
Kebimbangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa
pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada perselisihan kaum
menerima reaksi sinis daripada seorang bekas anggota kabinet, Datuk
Saifuddin Abdullah.
Dalam tulisannya di Twitter, bekas MP Temerloh itu dengan sinis
menyifatkan Hadi sebagai “penyelamat umat” kerana mengeluarkan kenyataan
seperti itu.
Saifuddin yang juga CEO Global Movement of Moderates turut
mengaitkannya dengan pendirian PAS sebelum ini dalam isu pelantikan
wanita sebagai menteri besar.
“Hadi kata perempuan tak boleh jadi menteri besar (demi) menyelamatkan
mereka daripada neraka. Tak boleh (jalankan) pilihan raya PBT (kerana
untuk) menyelamatkan daripada (peristiwa 13 Mei).
“Penyelamat umat!,” katanya.
Hadi merupakan tokoh utama dalam Pakatan Rakyat yang menentang
pelantikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk
menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Beliau juga menegur rakannya dalam BN, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bersetuju dengan sentimen Hadi.
Katanya, kedua-duanya tersasar daripada hujah sebenar mengenai pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.