MALAYSIAKINI
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kenyataan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pilihan raya tempatan berpotensi
mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei 1969, adalah pandangan peribadi
presiden PAS itu.
Beliau berkata perkara itu perlu mengambil kira pandangan semua kaum dan
perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
sebelum membuat sebarang keputusan, lapor Sinar Harian Online hari ini.
“Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat
peribadinya,” katanya seperti dilapor portal berita itu hari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Pengarah Komunikasi
PKR Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat Majlis Pimpinan
Pakatan Rakyat esok seperti yang dilaporkan.
Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa Anwar akan menghubungi Abdul Hadi dan pemimpin DAP Lim Kit Siang berhubung isu itu.
Dalam kenyataannya
Jumaat lalu, Abdul Hadi antara lain menyuarakan kerisauannya berhubung
pilihan raya tempatan itu boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta
ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang
sangat besar.
Hadi turut membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan
kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum sehingga
mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk DAP dan NGO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.