Staff Berita Semasa
Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion
Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal
Menyelamat! : Berita Semasa sudah pun semak belum ada perkembangan
berita berkenaan pinjaman hutang 1MDB Malaysia ini di mana-mana akhbar
arus perdana seperti The New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro
“lebih seronok cerita dalam kelambu” apatah
lagi Utusan Malaysia jauh sekali, kerana tarikh 30 januari 2015 semakin
hampir. Sudah jelaskan belum hutang?
Semakan Berita Semasa terhadap laporan berita terkini Bloomberg Business berkaitan perkembangan 1MDB mengatakan :
Laporan Berita Terkini Bloomberg Business : Status Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion?
Sepatutnya, 1MDb mesti bayar
selewat-lewatnya hujung bulan januari ini. Tetapi sebaliknya telah
berlaku di mana sekarang ini 1MDB sedang berusaha untuk mendapatkan satu
lagi lanjutan pembayaran pinjaman iaitu sebulan lagi ke atas pinjaman
hutang 1MDB bernilai RM2 bilion supaya 1MDB mempunyai cukup masa dan
tempoh untuk menjual pegangan dalam unit tenaga yang dimiliki mereka
pada ketika ini.
Jikalau diluluskan, ini bermakna 1MDB diberikan peluang dan lanjutan yang ketiga bagi pinjaman yang dibuat 1MDB melalui Malayan Banking Bhd dan RHB serta 3 peminjam yang lain.
Punca Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion Tidak Dijelaskan?
1MDB mencanang kepada seantero Malaysia
bahawa anda, anda semua jangan risau, 1MDB tiada masalah untuk bayar
pinjaman. Kata meraka aset yang dimiliki oleh 1MDB lebih daripada
liabiliti mereka. Ok baik, anda berkemampuan, bayarlah. Tunggu apa lagi
1MDB? Mengapa masih terkial-kial bayar pinjaman hutang Maybank, RHB dan
lain-lain?
Rakyat Malaysia tidak lupa apa yang terjadi kepada Renong / UEM / Timedotcom / Tri Resources semua “backed by assets” masa di puncak gawat 1998? Di mana mereka hari ini?
Tanyalah sesiapa kalangan yang berniaga
waima apek di penjual ikan di Pasar Besar Selayang sekalipun, faktor
paling penting untuk terus bertahan dalam perniagaan dan bisnes
adalah…..
“Pengurusan modal kerja”
Nah….sekarang 1MDB sedang terpaksa
mengemis tadah tangan minta tolong kepada taikun telekomunikasi negara,
Tan Sri Ananda Krishnan. Apa sudah jadi 1MDB? Akhirnya yang untung siapa
Ananda juga…..Selayaknyalah
BACA SINI : Jutawan Kaya, Taikun & VVIP di Malaysia Menikmati 51% Kekayaan Negara.
Rakyat Miskin 20% Perlu Rebut Baki 5% Kekayaan Malaysia!
P/S : Minggu depan ini adalah minggu penting bagi ringgit Malaysia, sebab tempoh 1MDB bayar hutang pada 30 Januari 2015, jikalau tidak bayar juga, kemungkinan besar ringgit pun kena tempias.
PP/S : Ringgit Malaysia semakin sekarang sudah mula perlahan-lahan mendaki untuk menuju ke paras RM3.62 untuk setiap Dolar Amerika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.