MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mencabar Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai enakmen bagi melaksana
pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.
Cabarannya itu timbul susulan kenyataan Lim yang disifatkannya sebagai
"bermulut celupar" kerana menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak
jujur.
“Tak kisahlah anda tulis macam mana tapi saya mahu bersemuka,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Mustafa berkata, dakwaan bahawa beliau "tidak jujur" itu tidak tepat
kerana mereka tidak pernah bertemu untuk membincangkan mengenai
"Dia kata saya tak jujur. Saya nak jelaskan di sini, perkataan yang
digunakan Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat, tak betul tetapi
menggambarkan dia seorang yang mulut celupar,
"Saya tak pernah berbincang atau dihubungi Guan Eng berkaitan dengan isu
enakmen pilihan raya PBT ini sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan
Undangan Negeri Pulau Pinang. Sebelum ini tak ada.
"Tetapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, dia
ada hubungi saya melalui telefon," katanya lagi dalam satu sidang media
hari ini.
Ketia ditanya, Mustafa berkata beliau juga sedia berdebat dengan Guang Eng berhubung enakmen tersebut.
Ia bagi menjawab kenyataan Lim yang mendakwa DAP telahpun membuat
rundingan dengan PAS sebelum ini berhubung enakmen bagi mengadakan
pilihan raya tersebut.
Lim menyifatkan Mustafa dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang “tidak jujur” kerana mendakwa sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.