Zulkifli (kiri) dan Kamal melihat tempat rumpai miang mexico yang tumbuh subur selepas diracun di Kuala Johol.
KUALA PILAH – Penduduk Kampung Kuala Johol di sini, menggesa pihak
berkenaan menghapuskan rumpai miang mexico yang tumbuh lebih subur
setelah kerja-kerja pembasmian dilakukan Jabatan Pertanian Kuala Pilah
pada Disember lalu.
Penduduk, Kamal Mahadi, 71, berkata, pihak berkaitan sudah melakukan kerja-kerja pembasmian rumpai terbabit, namun rumpai itu tetap tumbuh malah merebak ke kawasan lain.
“Pakcik bimbang jika tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk termasuk pelajar yang sering meletakkan motosikal mereka di sini untuk ke sekolah.
"Sebelum ini, pakcik juga alami gatal-gatal seluruh badan, namun alhamdulillah kini pakcik beransur pulih selepas mengambil ubat,” katanya.
Sementara itu, Mohd Zulkifli Mohammad, 58, berkata, selepas Kampung Ulu Yo dan Pekan Johol dikenal pasti ditumbuhi rumpai miang mexico, kini tiba giliran Kampung Kuala Johol pula.
"Ketika mula-mula kami menjumpai rumpai ini, kami tidak ambil kisah kerana beranggapan ia sekadar pokok renek biasa dan tidak membahayakan.
“Namun, apabila pihak berkaitan datang dan bertemu penduduk menyatakan rumpai ini merbahaya. Kami agak terkejut,” katanya.
Katanya, kini semua penduduk mula risau kerana rumpai itu semakin hari semakin segar dan membiak dengan banyak.
“Kami terkejut kerana rumpai ini tumbuh lagi sedangkan pernah diracun," katanya.
Sementara itu, pihak jabatan pertanian daerah memaklumkan, pihaknya sudah melakukan pembasmian rumpai berkenaan di kawasan tersebut bagaimanapun, rumpai ini adalah satu-satunya pokok yang boleh menghasilkan ratusan ribu benih dalam tempoh jangka hayatnya selama empat minggu.
“Benih ini boleh bertahan dalam tanah sehingga 10 tahun. Namun pihak kami akan berusaha membasmi rumpai ini daripada terus merebak ke tempat lain,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.