JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 138
orang membabitkan 32 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan
di dua daerah, setakat jam 12 tengah hari tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata, sehingga jam
12 tengah hari tadi, lima pusat pemindahan masih beroperasi di Segamat
yang menempatkan 93 mangsa daripada 20 keluarga.
"Sebuah pusat pemindahan masih beroperasi di Batu Pahat yang menempatkan 45 mangsa membabitkan 12 keluarga," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.