Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
SHAH ALAM - Pas tidak akan menuduh rakan PRnya, DAP mencabul
kesepakatan meskipun parti itu tetap bertegas untuk mempertahankan
pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang
yang tidak dipersetujuinya.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengambil sikap ‘buat faham’ apabila DAP membawa agendanya secara sendirian di Pulau Pinang.
“DAP boleh tak setuju dengan hudud sebagaimana Pas boleh tak setuju dengan pilihan raya PBT. Membawa agenda masing-masing sepatutnya tidak dianggap melanggar kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Setuju untuk tidak bersetuju adalah tiang keutuhan PR.
“Justeru Pas bersikap 'buat faham' dan tidak menuduh DAP mencabul kesepakatan PR apabila DAP secara sendirian membawa agenda mereka di Pulau Pinang,” katanya melalui kemas kini status Facebooknya, hari ini.
Dalam pada itu, beliau membangkitkan soal tuduhan mencabul kesepakatan PR yang dilemparkan kepada partinya ketika mempertahankan hudud di Kelantan.
“Soal sekarang, ketika Pas mengambil sikap sama (pertahan hudud) di Kelantan, mengapa Pas dikata mencabul kesepakatan dalam PR?
“Pas terus maju menghormati sistem demokrasi negara dengan membawa enakmen jenayah syariah itu ke Parlimen Malaysia untuk dibahas walaupun ia sudah lebih 20 tahun diluluskan di Dun Kelantan dan ditangguhkan perlaksanaannya demi menghormati hak undang-undang negara,” katanya.
Beliau turut membangkitkan sikap demokratik yang diamalkan DAP dalam isu hudud apabila Pas telah bersikap demokratik dalam isu pilihanraya PBT.
“Pas juga adalah parti tindakan demokratik. Cuma, adakah pilihan raya PBT tak perlu ke Parlimen sebagaimana hudud? Itu saya tak pasti, kena rujuk kepada orang undang-undang.
“Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah Pas akan menganggap ia mencabul PR? Jawapannya tidak. Itu kejayaan DAP dengan impiannya.
“Boleh DAP terima kami di Kelantan jika begitu? Bertindak demokratik lah bro (brother)...,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: DAP ulangi kesilapan 13 Mei, kata Hadi]
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan sikap berdegil DAP yang terus mempertahankan pilihan raya PBT di Pulau Pinang dikhuatiri akan mengundang ketegangan kaum sekali gus mengulangi kesilapan sama dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Beliau menegaskan DAP perlu mengambil kira pandangan politik sekutunya sebelum membuat keputusan sendiri dalam menguruskan pentadbiran sesuatu bandar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.