Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan
Jenayah. Hukuman Merotan Anak? Anda Bersetuju atau Tidak? : Kita,
Malaysia terhegeh-hegeh berulang-alik berunding dengan kerajaan Sweden
disebalik kes kontroversi membabitkan (kes dera anak keluarga Malaysia di Sweden), tiba-tiba kita pula mahu mahu undang-undang Malaysia berkiblatkan negara Sweden?
Berita Semasa sehingga ke hari ini,
masih tidak faham mengapa dan bagaimana kes rotan di Malaysia melibatkan
kanak-kanak teruk sangatkah sehingga perlu digunal undang-undang baru?
Ini semua gara-gara cadangan yang mahu
menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam
akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001
Bagaimana menteri boleh tergamak memikir cadangan sebegini rupa? banyak masa terluangkah mereka ini?
Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah VS IbuBapa Cuai?
- Yang ibubapa tinggal anak dalam kereta, tiada tindakan?
- Yang biar anak-anak tidak bersekolah, tiada tindakan?
- Yang ibubapa rotan anak-anak untuk peringatan masa depan mereka, bakal dikenakan tindakan dan hukuman?
- Terbalik sudah…..
Sudah sedang elok dalam rangka Islam itu
sendiri, menyuruh ibubapa merotan anak-anak mereka sendiri yang tidak
mendirikan solat pada usia yang sepatutnya.
Bagi Berita Semasa sendiri melentur buluh biar dari rebungnya benar, daripada kecil lagi, kita kena mendidik anak.
- Jikalau salah, kita kenalah ambil tindakan
- Bukannya rotan sampai mati
- Tetapi rotan untuk mendidik, itu ada bezanya
- Bukannya rotan sepanjang masa. Rotan digunakan bila perlu sahaja
Tetapi apabila kerajaan yang tidak
prihatin melaksanakan undang undang anti rotan ini, anak anak tidak akan
dapat membezakan hitam dan putih daripada kecil kerana mereka tidak
boleh dididik lagi. Ingatlah. Jangan tersilap langkah.
Yang menjadi isu di sini apabila mana
kes penderaan atau penganiayaan itu berlaku dan semakan undang-undang
yang ingin digubal, tiba-tiba rotan anak sendiri itu menjadi satu
jenayah pula. Seolah-olah, skop itu sempit sangat.
“Cakap daripada teori memang tampak ideal tetapi hakikatnya anak-anak orang putih sendiri berdepan anak-anak kurang ajar”
Kes IbuBapa Rotan Anak Semakin Serius?
Di Switzerland contohnya negara yang
menjadi idaman ramai, realitinya kebanyakan anak-anak selepas umur 18
tahun sahaja lari meninggalkan ibubapa di desa dan kampung disebabkan
faktor budaya dan cara hidup ibubapa di sana yang agak berbeza dari
Malaysia contohnya.
Berita Semasa tidak percaya kalngan
ibubapa hari ini terlalu dangkal untuk mendidik anak-anak. Jangan
terlalu memandang rendah pada “Malaysians”, yang sekarang banyak “well travelled” dan terpelajar.
P/S : Anak-anak bakal bermain psiko
dengan ibubapa mereka sendiri dek kerana percaturan menteri-menteri
seperti ini. Perlu bezakan undang-undang merotan untuk mendidik dengan
merotan utk mendera.
PP/S : Pastinya, pasangan yang tinggal dan dikenakan hukuman penjara di Sweden tersenyum sinis mendengar cadangan menteri ini
PPP/S : Mungkin selepas ini, perbahasa seperti “sayang anak tangan-tangankan” bakal menjadi sejarah dan arkib negara selepas ini
PPPP/S : Adakah ibubapa bakal diwajibkan
menghadiri seminar, kursus kekeluargaan selama beberapa hari dengan
yuran ratusan ringgit dengan tajuk “cara terbaik mendidik tanpa
anak-anak walaupun tanpa menggunakan sebarang rotan”. Ermmmm…..
PPPPP/S : Pendidikan sepatutnya melahirkan insan yang matang dan berdisiplin. Bukannya cerdik tetapi kurang ajar dan biadap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.