SHAH ALAM - Tiga lagi mayat ditemui di lokasi carian pesawat QZ 8501, lapor portal berita kompas.com hari ini.
Ketua Penyelaras Badan SAR Nasional (Basarnas), Marsdya TNI F Henry Bambang Sulistyo berkata, salah satu mayat yang ditemui pasukannya dilaporkan memakai uniform pramugari.
“Pagi ini kami menemui tiga lagi mayat, dua lelaki dan seorang wanita. Mayat yang berpakaian pramugari itu merupakan mayat seorang wanita.
“Kami mendapati keadaan mayat sudah kembung namun ia tidak akan menyukarkan proses pengecaman mayat nanti,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Menurutnya lagi kesemua mayat tersebut ditemui sewaktu pasukan penyelamat meneruskan carian pada awal pagi ini.
Kesemua mayat yang ditemui akan dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah untuk proses lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.