Eloklah kerajaan Barisan Nasional (BN)
mendengar suara hati penyokong BN yang menyokong BN dan reti berterima
kasih dengan keputusan supaya Akta Hasutan dikekal.
PETALING JAYA: Tindakan Penaung Negaraku, Ambiga Sreenevasan mempertikaikan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membatalkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 adalah sesuatu yang lucu.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, berkata, tidak perlu bagi kerajaan melayan tuntutan para penentang undang-undang tersebut kerana mereka tidak pernah berterima kasih sebaliknya terus menentang.
Sebagai contoh jelasnya, sikap tidak berterima kasih itu ditunjukkan semasa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969.
“Malah, Ambiga terus menyokong pakatan pembangkang di dalam Pilihan Raya Umum ke 13,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah kata Ibrahim, lebih baik bagi kerajaan melayan suara hati penyokong Barisan Nasional (BN) daripada kelompok yang hanya ghairah memansuhkan undang-undang.
“Eloklah kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar suara hati penyokong BN yang menyokong BN dan reti berterima kasih dengan keputusan supaya Akta Hasutan dikekalkan. Lagi pula, Akta ini bertujuan untuk keselamatan dan keamanan negara,” ujarnya.
Ibrahim turut menyatakan, menerima desakan dari mereka yang tidak menyokong pengekalan Akta Hasutan dikekalkan samalah seperti melepaskan anjing tersepit.
“Bila terlepas, anjing akan menggigit tuannya. Oleh itu, insaf dan sedarlah Ambiga dan tahu malu sikit,” katanya.
Sebelum ini, Ambiga mencabar MCA dan MIC supaya menyatakan pendirian mereka membantah keputusan UMNO mengekalkan Akta Hasutan 1948 tanpa berbincang terlebih dahulu dengan dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.