Gambar menunjukkan jaket keselamatan ditemui terapung. - Foto AFP
PANGKALAN BUN - INDONESIA . Pembantu juruterbang Hercules C130
Indonesia, Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, dia melihat tiga jasad
mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terapung dalam keadaan
berpegangan tangan.
Jasad itu dilihat terapung di Selat Karimata bersama lapan lagi mayat.
“Ada sekitar tujuh hingga lapan objek menyerupai tubuh manusia. Tiga daripadanya terapung dalam keadaan berpegangan tangan.
“Satu lagi mayat berada di bawah serpihan pesawat. Jadi tak sempat diambil gambar,” katanya.
Tri berkata, kesemua jasad berkenaan dikesan dari ketinggian 150 meter dari atas permukaan air.
Selain mayat, turut ditemui objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat.
Kesemua objek berkenaan ditemui kira-kira 105 kilometer dari Pangkalan Bun.
“Kedudukan objek tersebut ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan,” kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto.
Beliau berkata, 10 objek itu terdiri dari pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk segi empat.
Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) mengesahkan ternampak serpihan di atas laut seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan tiub. - Tempo.co

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.