KOTA BHARU - Kerajaan akan menyediakan khemah secepat mungkin untuk
menempatkan mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk akibat banjir
di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penyediaan khemah itu adalah tindakan segera sebelum rumah sementara dapat disiapkan untuk mangsa.
"Jumlah sebenar mereka yang terbabit sedang dikenal pasti tetapi ramai masih tinggal di sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan walaupun banjir sudah surut dan mereka ini akan keluar dari sekolah berkenaan apabila sesi baharu persekolahan bermula pertengahan bulan depan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, jajahan Kuala Krai dan Gua Musang merupakan kawasan paling ramai mangsa kehilangan rumah atau rosak teruk.
Beliau berkata, kawasan-kawasan yang sesuai akan dikenal pasti untuk pembinaan khemah tersebut yang akan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan membina rumah sementara untuk mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk akibat banjir sebelum rumah kekal disediakan untuk mereka.
Mustapa berkata, Kelantan memerlukan lebih banyak bekalan makanan dan pakaian untuk mangsa banjir dan berharap rakyat Malaysia yang prihatin akan segera menyumbang.
Beliau juga berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan masjid yang rosak akibat banjir. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.