Roketkini.com
IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa melakukan siasatan segera berhubung kegagalan kerajaan menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara.
Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran berkata kerajaan seperti tidak pernah belajar dari pengalaman lalu berhubung pengurusan dan perancangan menghadapi bencana terutamanya banjir.
“Sebaik saja banjir berakhir nanti, Najib mesti melakukan siasatan mengapa kerajaannya dilihat tidak bersedia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, Najib seperti kebiasaannya tidak menepati janjinya untuk mengendalikan masalah banjir dengan lebih berkesan.
Pada 18 Januari tahun ini Najib dalam ucapan pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir di Parlimen Pekan berkata, Kabinet menerima cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi meningkatkan pengurusan banjir termasuk melaksanakan sistem amaran awal dan projek-projek tebatan.
Kerajaan juga dikatakan akan meminta Jabatan Meteorlogi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menggunakan teknologi terkini bagi memastikan sistem pengurusan banjir yang lebih cekap.
“Rakyat Malaysia masih terkejut bagaimana negara boleh menghadapi banjir sebegini besar tanpa sebarang amaran terlebih dahulu terutama dari Jabatan Meteorologi.
“Amat jelas sekarang, kerajaan tidak pernah langsung bersedia menghadapi bukan sahaja banjir, tetapi apa sahaja bencana,” ujar Kula . -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.