Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir (baju
petak) membantu menyendukkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir ketika
mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan
Changkat Jong di sini, Ahad.
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong, Teluk Intan berkurangan kepada 182 orang pagi Isnin berbanding 192 orang petang Ahad.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly
Mohamad Zawawi berkata, 10 daripada 192 mangsa yang ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dibenarkan pulang sejak Ahad malam.
Beliau berkata, mangsa yang masih berada di sekolah itu melibatkan 58 keluarga.
Ini merupakan kali kedua Changkat Jong dilanda banjir dalam tempoh
dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan airnya
melimpah ke kawasan penempatan penduduk.
Kejadian pertama berlaku pada 14 November lepas melibatkan 56 mangsa daripada 16 keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.