Selasa, 2 Disember 2014

Elit Umno lembik percepat Melayu jadi ‘Red Indian’

WARTA UTARA


KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu dilihat lebih cepat menjadi “Red Indian” merujuk pada ancam an kepupusan jika Umno dibiarkan terus memerintah negara ini, tegas Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa.

Bercakap pada forum “Apakah Melayu dan Islam Diancam?” di Hotel Mandarin Court, beliau berkata, realiti kemunduran umat Melayu dan Islam pada masa ini bukti kegagalan Umno walaupun memerintah selama 68 tahun. “Adakah kita mahu biarkan mereka berterusan memerintah selama 100 tahun lagi?” tempelaknya dalam forum anjuran Roketkini itu, 24 November lalu.

Mengulas tentang uraura kerjasama PAS dengan Umno, Husam menolak sa ma sekali kemungkinan tersebut dengan menekan kan perbezaan asas perjuangan parti Islam itu yang berbeza dengan semangat perkauman diamalkan Umno.

‘Segera heret yang terlibat ke muka pengadilan’ dijalankan atas alasan setiap kelulusan lot lombong tidak melebihi 500 ekar.

“CAA Resources sendiri mengakui oleh sebab setiap dari dua lombongnya diluluskan kurang dari pada 500 ekar, dia di kecualikan dari EIA walau pun kerajaan tahu peng usaha yang sama me lakukan lebih dari 500 ekar,” jelasnya pada sidang media di Parlimen, 24 November lalu.

Pembongkaran beliau di Parlimen sejak tahun lalu, ujarnya, mengenai diskriminasi tenaga pekerja tempatan juga disahkan Li Yang yang megah mendakwa hampir 100 peratus gaji pekerja asing dibayar keluar dari negara ini.

Menurut Raja Kamarul, diskriminasi pekerja tempatan yang disifatkannya sebagai pengkhianatan be sar kepada Malaysia ter bukti berlaku apabila ada yang meletak jawatan kerana gaji jurutera dan pegawai keselamatan tem patan dibayar rendah berbanding rakan sejawat warganegara China.

Selain itu, manfaat operasi lombong di Bukit Besi ke atas ekonomi tempatan juga dipertikai apabila dalam lawatan beliau ke lokasi tersebut tahun lalu mendapati hampir 90 peratus peralatan dibawa dari republik itu antaranya lori, traktor, mesin penghancur (crusher), mesin tali pengangkut (conveyer belt machine) dan pelbagai peralatan berat lain.

Beliau juga mengingatkan kerajaan Umno-BN tentang ancaman bencana alam yang akan tercetus apabila kilang besi milik negara China, Eastern Steel di Teluk Kalong mulai beroperasi termasuk pen cemaran sungai di arah utara dan selatan kilang berkenaan yang berisiko mengalir terus ke Laut China Selatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Per sekutuan dan keraja an negeri serta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera mengheret mereka yang dilihat mencemar ma ruah negara ke muka pengadilan.

Pada masa, ujar Raja Kamarul lagi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Kementerian Alam Sekitar serta Kementerian Sumber Manusia perlu memperhalusi tanggungjawab masing-masing dalam menangani skandal antarabangsa tersebut.

Raja Kamarul Bah rin Shah “Islam agama universal tetapi Umno semata-mata untuk Melayu. Nama mereka sendiri sudah menggambarkan siapa mereka United Malay,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pakar per lembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, masyarakat Melayu tidak perlu bimbang dengan momok an an caman yang kerap diputar Umno kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan dan hak Melayu.

“Bila isu ini timbul? Tiada sesiapa pun yang pernah bangkitkannya. Yang menjadi isu adalah adakah hak yang dijamin itu benarbenar sampai ke sasaran.

“Lebih 50 tahun hak (dijamin Perlembagaan), orang Melayu masih miskin, lapar. Apa sudah jadi dengan hak ini?” soal Aziz lagi ketika menjawab soalan hadirin berhubung isu tersebut.

Dalam forum sama, Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said mempersoal peranan golongan elit Melayu yang menyaksikan pemerintahan tertinggi serta jawatan penting dalam pen tadbiran negara dikuasai bangsawan Melayu dari Umno sejak merdeka.

“Apakah mereka yang ramai di puncak (kuasa) ini begitu ‘lembik,’ hingga menyebabkan orang Melayu terancam?” bidasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.