SHAH ALAM - Bekalan elektrik di Kelantan semakin baik apabila jumlah
pencawang elektrik (PE) yang masih belum dipulihkan terus menurun kepada
1,239 pada jam 8 pagi ini berbanding 1,960 yang terpaksa dihenti
sementara ketika banjir memuncak.
Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad, Ir Abdul Aziz Abdul Majid berkata, bekalan tenaga yang terpaksa dipotong bekalan juga terus menurun kepada 54 MW (megawatt) berbanding 73 MW.
"Setakat 8 pagi ini 25 set janakuasa bergerak dengan kapasiti kVA (kilo Volt Ampere) hingga 1,000 kVA juga telah dioperasikan di Kelantan.
"Kami juga sedang berusaha untuk memasang beberapa lagi di lokasi-lokasi yang memerlukan bergantung kepada akses laluan," katanya.
Di Pahang, PE yang masih belum dipulihkan setakat 8 pagi adalah 355.
“Jumlah PE yang terpaksa dihenti sementara pula sebanyak 552. Manakala di Perak dan Terengganu pula, bekalan elektrik juga semakin pulih dengan PE yang masih belum dipulihkan masing-masing pada 57 dan 17,” katanya.
“Setakat jam 8 pagi ini, kehilangan beban di Pahang menurun kepada 20 MW (22 MW semalam), sementara di Perak dan Terengganu pula masing-masing pada 4 MW dan 2 MW (semalam 4 MW dan 3 MW),” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.