KUALA PILAH - Tiga peserta Rainforest Challenge (RFC) 2014
dilaporkan tercedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki
mangsa terbalik di dalam hutan berhampiran Kampung Mertang di sini,
sekitar jam 9:30 malam tadi.
Jurucakap bomba berkata, pasukan penyelamat bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa warga Singapura itu sejam kemudian dan dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.
Laporan turut mendapati, seorang peserta wanita mengalami patah tulang rusuk manakala dua lelaki cedera ringan.

Seramai 70 peserta dari 25 negara menyertai cabaran selama 10 hari di Negeri Sembilan bermula Sabtu lalu.
Peserta program sukan lasak itu perlu merentasi laluan hutan sejauh kira-kira 1,000 kilometer di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.