MALAYSIAKINI
Perwakilan Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah mahu kerajaan tegas
menghapuskan budaya monopoli dalam pemberian lesen teksi dan persepsi
bahawa kerajaan terlalu selektif untuk memerangi rasuah.
Sebagai anak seorang pemandu teksi, beliau mendengar keluhan pemandu
teksi yang terpaksa menyewa teksi sendiri untuk selepas pemberian lesen
diberikan kepada syarikat terlibat sebelum boleh memilikinya.
Membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno di PWTC semalam, Mohd
Shahar berkata, pemandu teksi terpaksa membayar sewa yang tinggi
berbanding membayar pinjaman bulanan bagi memiliki sebuah kereta.
"Mereka terpaksa menyewa teksi dan membayar sewa sekurang-kurang RM50. Kalau didarab dengan 30 hari sudah berapa? RM1,500.
"Kalau kita ada kereta sendiri, kita bayar RM700 hingga RM800, masih ada baki?
"Jadi Umno Pahang cadangkan supaya hapuskan monopoli, pemandu teksi dia sokong dan mengundi kita.
"Ramai pemandu teksi adalah orang Melayu dan segelintirnya bukan Melayu.
Pemandu teksi pengundi tegar. Marilah kita fikir-fikirkan, jangan zalin
kepada pemandu teksi yang mengundi kita," katanya.
Mengulas isu rasuah, Mohd Shahar mengajak semua perwakilan dan ahli
bersama-sama kepimpinan Umno memerangi rasuah sekaligus menepis persepsi
dan tuduhan pembangkang bahawa kerajaan selektif dalam kes jenayah itu.
Katanya wujud percanggahan apabila pihak atasan mahukan sesuatu
pembinaan seperti stadium dan sekolah berteraskan kualiti tetapi
realitinya tidak sebegitu.
"Atas cakap lain, bawah cakap lain. Marilah ahli Umno bersama presiden
parti memerangi rasuah," katanya yag juga ketua pemuda Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.