MALAYSIAKINI
Seorang ahli Parlimen DAP hari ini melahirkan kebimbangannya terhadap
"kertas model" SPM yang mengandungi topik esei mengenai konflik
perkauman antara kaum Cina dan Melayu, dan juga memberi gambaran buruk
terhadap masyarakat Cina.
Dalam buku yang diterbitkan oleh Info Didik tahun ini, topik esei Bahasa
Malaysia antaranya meminta pelajar membaca petikan prosa moden di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat sendiri.
Ia berbunyi: 'Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah
masyarakat yang bermusuhan, contohnya, kaum Cina sanggup membunuh kaum
Melayu. Latar masyarakat yang terdapat dalam cerpin ialah masyarakat
berbilang kaum yang dipisahkan oleh faktor geografi, contohnya orang
Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di
ladang'.
MP
Sibu Oscar Ling berkata beliau tidak pasti sama ada ini satu soalan
sebenar tahun lepas yang diterbitkan dalam buku itu atau sama ada ianya
hanya satu kertas model.
Dia menuntut Kementerian Pendidikan menyiasat perkara itu.
Buku "Kertas Model Sebenar SPM Bahasa Malaysia", ditulis oleh Khairudiim Ayip dan Yusanizan Shafie.
Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu
Dewan Rakyat bahawa kementeriannya tidak berkuasa untuk memperbaiki
masalah itu sekiranya ia penerbitan swasta dan tidak datang dari
kementerian berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.