MALAYSIAKINI
MCA mengecam laporan berhubung pengasingan kaum di sebuah sekolah rendah di Setapak, Kuala Lumpur.
Parti itu berkata, ia mengingatkan kepada amalan diskriminasi terhadap
golongan kulit hitam di Amerika Syarikat sekitar tahun 50-an.
Mengulas artikel Malay Mail Online hari
ini, senator MCA Chong Sin Woon berkata, jika laporan itu benar, arahan
yang dikatakan daripada sekolah itu harus “dikecam dan dibatalkan
segera”.
“Keadaan itu harus dibetulkan oleh pihak berkuasa sekolah dan
Kementerian Pendidikan, termasuk surat amaran kepada pegawai sekolah
yang mengeluarkan arahan prejudis itu,” kata Chong, yang juga ketua
Pemuda MCA.
Beliau mengaitkan senario itu dengan “doktrin terpisah tetapi sama” di
Amerika Syarikat sekitar tahun-tahun 50-an, yang menyaksikan pengasingan
warga negara itu yang berketurunan Afrika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.