KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi
minyak petrol RON95 sebelum pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal pada
1 Disember.
Menurut Kementerian Kewangan, kaedah pengapungan terkawal terhadap
petrol RON95 bakal memberi fleksibiliti kepada rakyat untuk menikmati
harga minyak lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa.
Dimaklumkan, harga pasaran dunia bagi RON95 dijangka akan turun dalam
masa beberapa hari dan setakat hari ini (27 November) harganya adalah
pada RM2.26 seliter iaitu lebih rendah daripada harga RM2.30 yang dijual
pada masa sekarang.
Harga itu dijangka akan menurun lagi dan kami berjanji akan memuratakan harga itu sebelum 1 Disember.
Jumaat lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan kerajaan akan
menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah
pengapungan terkawal mulai 1 Disember.
Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.