MALAYSIAKINI
Universiti Malaya (UM) menafikan telah mengeluarkan notis
amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus perdana itu esok.
Pentadbiran UM turut menafikan bahawa polis akan mengambil alih menjaga keselamatan kampus itu esok bagi menghalang majlis itu.
"Tiada ada perkara bahawa polis akan mengambil alih. UM mempunyai
sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?" kata
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Rohana Yusof.
Beliau juga menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang ancaman untuk
mengambil tindakan displin terhadap pelajar yang terlibat dalam majlis
itu.
"Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini,
jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku," katanya ketika
dihubungi Malaysiakini.
Terdahulu wakil majlis perwakilan pelajar Timbalan Setiausaha Leong Yu
Sheng mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa pihak universiti akan
menutup kawasan kampus bagi menghentikan acara pada malam esok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.