KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi Kuala
Terengganu dipenuhi ratusan penyokong dan pengikut Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang ingin mengikuti perbicaraan kes saman fitnah
bekas calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin
terhadap Abdul Hadi, pagi ini.
Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya seawal jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.
Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya.
Sementara itu, Abdul Hadi tiba di mahkamah jam 9.30 pagi.
Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul yang juga Ketua AMK Dungun.
Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal hadir bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul sebagai plaintif pada 5 Disember tahun lalu.
Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada PRU13 lalu.
Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.
Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden Pas itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.