Rabu, 29 Oktober 2014

Pemuda Umno anjur forum isu sentuh anjing

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata isu berhubung hukum menyentuh anjing perlu dibahaskan secara tertib dan bukannya dengan penghinaan atau kejian.

Beliau berkata demikian dalam pengumumannya berhubung forum bertajuk ‘Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim’ yang akan mengetengahkan penganjur acara kontroversit itu, Syed Azmi Alhabshi.

“Ini adalah perbincangan untuk mendengar semua segi pandangan, Lebih baik dibincangkan dengan cara ilmiah berbanding ugutan atau penghinaan ke atas sesiapa dengan menggunakan bahasa kesat,” kata Khairy.

Forum berkenaan dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi) dan menampil tokoh ulama pergerakan itu, Fathul Bari Mat Jahaya.

Akhi merupakan akademi politik Pemuda Umno yang turut menganjurkan latihan politik ke atas barisan kepimpinannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.