MALAYSIAKINI
LAPORAN LANGSUNG
2.40pm: Gopal berkata intinya ialah keterangan yang
dikemukakan oleh pihak pendakwa merupakan pentahkikan (corroboration)
dalam undang-undang.
Mengenai inti ketiga, peguambela itu meneliti keterangan Saiful mengenai liwat secara rela atau bukan secara rela.
"Saiful memberi keterangan bahawa kes liwat yang dikatakan berlaku itu
bukan secara rela tetapi perayu didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukan
Seksyen 377c (Kanun Keseksaan)," katanya.
2.30pm: Gopal meneruskan hujahnya yang meneliti keterangan Saiful.
Saiful, katanya, memberi keterangan bahawa bahan pelincir jatuh di atas karpet semasa kejadian liwat dikatakan berlaku.
Peguambela itu berkata karpet tersebut telah dirampas oleh DSP Jude pada 30 Jun.
Katanya, Jude pergi ke tempat kejadian dengan pasukan forensik bersama
dengan pengadu. Di sana mereka menemui sehelai rambut dan merampas
karpet itu.
"Ahli kimia itu tidak menemui kesan air mani di karpet," katanya.
2:23pm: Pendengaran disambung semula.
2.20pm: Anwar kembali dan berseloroh dengan anggota
polis di dalam dewan mahkamah, "You tahu, I orang salah, you patut
sediakan outrider lah".
2.15pm: Pendengaran mahkamah disambung semula tetapi Anwar
belum hadir. Gopal meminta maaf, dan memberitahu hakim bahawa anak guamnya pergi makan tengah hari.
Hakim Arifin dan hakim-hakim yang lain bersetuju untuk menunggu dan kembali ke kamar masing-masing.
12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan
(misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan oleh itu, adalah tidak selamat
untuk membuat sabitan.
Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat.
12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi.
Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari.
Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok.
Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis.
12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili
Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal
untuk menghargai hujah pihak pembela.
Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan
tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah
undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)."
Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak
pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi
kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.
Semasa
perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua
unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk
mesyuarat Anwar.
Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada di kondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku.
12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.
Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan.
Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan
aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.
12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah.
Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan,
dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong.
11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira.
Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya.
Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang
luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud
penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang
diberikan.
Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir.
Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.
Menurutnya, seorang yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya.
Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan.
Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan.
11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan.
Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan
bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti
sebelumnya.
Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas.
11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.
Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan)
sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu
selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.
11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk
menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia
dalam gambar tersebut.
Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).
Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful).
"Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira.
"Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya.
Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu.
Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID.
Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu
dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut
diterima.
Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes
yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu.
11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal
meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan
teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Katanya,
Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun
dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu
berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.
Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.
"Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya.
10.25am: Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak
ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada
hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.
Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan
sebagai bahan bukti. Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu,
sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.
Mahkamah berehat seketika.
10.10am: Gopal berkata KY gel muncul semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan ke atas Saiful.
Peguambela itu berkata jika bahan pelincir merupakan satu bahan bukti
yang penting, Jude tidak akan menyerahkannya kepada Saiful pada 28 Jun
(2008), hanya untuk Saiful memberikan kembali kepada pegawai polis yang
lain pada hari berikutnya.
Ini, katanya, terlepas oleh hakim perbicaraan (di Mahkamah Tinggi).
Gopal berkata keterangan Saiful bahawa dia dalam kesakitan dan dia telah menyimpan air mani di dalam dubur selama beberapa hari.
Dalam pemeriksaan balas, Saiful berkata, dia diminta oleh Anwar untuk
memakai KY jelly pada duburnya, dan Gopal seterusnya mengemukakan apa
yang dinyatakan oleh saksi itu semasa memberi keterangan secara
tertutup.
Gopal berkata, Saiful berada dalam kesakitan di dubur dan juga di perut.
Kewujudan gel itu, tambahnya, telah menimbulkan keraguan dan kekurangan kredibiliti.
Arifin bertanya mengapa kekurangan kredibiliti. Gopal mengatakan jika
gel itu telah digunakan, dia tidak akan mengalami kesakitan, menyumbang
kepada persekitaran gel yang diserahkan kepada pihak polis.
10am: Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, gel itu dikemukakan dan ditandakan, kata Gopal.
Menurutnya, Saiful telah memberi keterangan bahawa mereka melakukan
perbuatan itu (liwat) di atas karpet dan dia memakai gel itu pada
bahagian sulitnya (dubur).
Gopal
menunjukkan satu dokumen yang tiada dalam rekod rayuan, dan beliau
berkata, 'keadaan barang kes (senarai barang yang dirampas) tidak
termasuk KY Jelly itu.
Ini, katanya, menunjukkan tidak konsistensi dalam keterangannya Saiful.
Menurutnya, bukti itu tidak ada dalam senarai dan ia perlu
dipertimbangkan tidak boleh diterima dan kewajarannya (weightage) (dalam
pertimbangan) adalah dicabar."
Karpal, katanya, telah bertanya Saiful (sama ada) gel KY itu sesuatu
yang difikirkan kemuduan (afterthought) dan saksi itu bersetuju. Laporan
polis yang dibuat tidak menyebut tentang gel itu."
9.47am: Gopal berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah
silap bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan
keterangannya telah mentahkikkan:
Perkara ketiga, dia berkata, adalah hak pembelaan untuk menguji
pernyataan pegawai polis Jude Pereira dalam menjalankan siasatannya.
Dalam menyentuh alasan pertama rayuan itu, Gopal berkata Saiful mendakwa dia takut untuk membuat laporan polis.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu menambah bahawa Dr Osman menyatakan
bahawa pada mulannya Saiful tidak bersedia untuk membuat laporan itu.
"Dokuman ini (laporan perubatan) telah ditunjukkan kepada Saiful dan dia menafikannya?"
Saiful berkata dia telah bertemu dengan seorang pegawai kanan polis (Mohd Rodwan) dan menghubungi IGP.
Beliau berkata seseorang yang tidak mahu diliwat tidak akan membeli pelincir.
Katanya, kehadiran gel itu adalah suatu perkara yang meragukan.
9.45am: Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful telah
dikemukakan. Beliau menambah salah satu seluar dalam itu telah dibasuh
dan basah.
Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani.
Ekoran kesimpulan siasatan polis, katanya, Anwar telah didakwa.
Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata ada kes prima facie.
Selepas itu, menurut Gopal, hakim itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kes pihak pendakwa terhadap tertuduh (Anwar).
Gopal berkata pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan
Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada
Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan akhirnya mensabitkan dan menjatuhkan
hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.
Selepas menggariskan kes itu, Gopal sekarang akan meneliti keterangan Saiful.
9.40am: Peguam Gopal berkata, walaupun menghantar surat
peletakan jawatan, Saiful pergi ke rumah Anwar dan malah menyajikan
minuman di sana.
Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi Dr (Mohamed)
Osman (Abdul Hamid), di mana satu objek plastik dikatakan telah
dimasukkan ke dalam duburnya.
"Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr
Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital
Kuala Lumpur."
Tiga orang doktor, kata Gopal, memeriksa Saiful dan dapatan awal mereka ialah tidak ada penetrasi.
Saiful, kata Gopal, kemudiannya bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.
9.30am: Peguam Gopal Sri Ram mula berhujah. Beliau berkata tidak ada saksi kepada dakwaan jenayah itu.
Gopal berkata Saiful mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan itu (liwat) dan pelincir digunakan (KY jelly).
"Ini adalah keterangannya bahawa perbuatan itu begitu kuat, dia memicit tuib jeli dan ia (jeli) jatuh ke karpet.
"Saiful berkata ia mencuci dirinya sendiri dan menghantar emel untuk meletak jawatan sebagai pembantu Anwar."
9.27am: Peguambela utama Gopal Sri Ram mahu membaca
senarai pemerhati antarabangsa tetapi Ketua Hakim Arifin berkata tidak
ada keperluan untuk berbuat demikian kerana ia sudah diketahui.
Gopal memberitahu mahkamah bahawa pihak peguambela menambah satu lagi alasan rayuan.
Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah alasan tambahan itu.
9.22am: Peguambela Latheefa Koya memberitahu wartawan
bahawa empat orang akan menyampaikan hujah bagi pembelaan - Gopal,
Surendran, Ram Karpal dan Sangeet.
Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketua.
Terdapat perubahan dalam panel hakim - Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali.
9.10am: Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali juga kelihatan di mahkamah, bersama-sama dengan
Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong, pemangku pengerusi DAP dan Ahli
Parlimen Cheras Tan Kok Wai, pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen
Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan penyokong kuat parti itu Ronnie Liu.
Galeri awam yang mempunyai kira-kira 70 tempat duduk sudah penuh sesak.
"Kalau tak cukup kerusi, boleh sertai saya di kandang tertuduh," kata Anwar berseloroh.
9.05am: Anwar memberitahu wartawan bahawa Sulaiman
tidak sihat kerana dia menjalani pembedahan di kakinya dua bulan lalu
dan masih dalam kesakitan.
Ditanya tentang keyakinannya, Anwar berkata: "Kita ada bekas Hakim
Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) ... Saya bersedia
dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan."
Dia menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk
bertanya sama ada bintang 'Lethal Weapon' itu perlu mengeluarkan
kenyataan.
"Saya berkata anda boleh buat, tetapi bukan menyokong minum (minuman
keras). Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada
anda (Anwar) ialah jangan masuk politik," kata ketua pembangkang
mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwa, tiba di dewan mahkamah.
8.59am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seorang lagi anggota pasukan peguam Anwar ialah Gobind Singh
Deo. Anwar dilihat berbincang sesuatu dengan peguam utamanya, Gopal Sri Ram.
8.56am: Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah ketika sekumpulan wartawan cuba mengekori Anwar di luar mahkamah.
Kira-kira 20 petugas media menyelinap melewati kawalan polis dan
mengekori Anwar sehingga ke ruang legar mahkamah, tetapi ramai lagi
masih berada di luar apabila anggota polis berjaya menutup pintu.
Orang ramai melaungkan "Reformasi" semasa ketibaan Anwar, sehingga beliau masuk ke Istana Kehakiman sejurus kemudian.
8.55am: Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar.
Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.
8.40am: Selain Latheefa, turut menganggotai pasukan
peguambela ialah Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur, J Leela, Ram
Karpal dan Eric Paulsen.
Bagi pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibantu peguam
dari firma guamannya, bersama dengan timbalan ketua bahagian pendakwaan
di Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.
Shafee dan peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah, belum sampai.
Turut kelihatan di galeri awam adalah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Lumut Laksamana (B) Mohamad
Imran Abdul Hamid.
8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim
Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam.
Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah.
Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di
dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota
keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II
akan didengar.
8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan,
melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan
masuk ke kompleks mahkamah.
7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan
(AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah
jalan utama menuju ke Istana Kehakiman.
Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah
masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan
keselamatan oleh pihak polis.
Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi.
6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan
sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap
sabitan pertuduhan Liwat II didengar.
Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke
bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah
perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis
terletak di tengah jalan utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.