MALAYSIAKINI
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar mengembalikan semula pekerjaan
kakitangannya yang diberhentikan sebelum ini.
Memorandum itu dihantar ke pejabat KTM, petang ini.
Dianggarkan seramai 70 orang pemimpin kesatuan pekerja dan 100 orang
pekerja KTM turut hadir bagi menghantar memorandum kepada Pengerusi
KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad.
Sebelum memorandum diserahkan, sebahagian daripada mereka yang hadir melaungkan "Hidup KTMB! Bangkit pekerja!"
Sebahagian yang lain memalu gendang berselang-seli dengan laungan tersebut.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM),
Abdul Razak Md Hassan, sehingga hari ini seramai 40 orang pekerja KTMB
dibuang kerja dan 16 orang lagi digantung kerja kerana meyertai piket
pada 9 Mei lalu.
Timbalan
Pengerusi MTUC, N. Gopal Krishnam berkata mereka akan berpiket di
hadapan Parlimen sekiranya tuntutan dalam memorandum itu gagal
ditunaikan KTMB.
"Hari ini kita akan hantar memorandum, kalau kita tidak dapat respons
yang baik kita akan ambil satu tindakan yang lain seperti kita akan
pergi ke parlimen"
"Jika tidak selesai juga kita akan pergi ke pejabat perdana menteri
kerana KTM ialah satu syarikat GLC (berkaitan kerajaan) di bawah
Kementerian Kewangan dan perdana menteri juga adalah menteri kewangan"
Tambah Gopal, mereka menghantar surat kepada perdana menteri dan menteri
pengangkutan berkenaan hal ini namun belum menerima jawapan.
Penyerahan memo ini turut diserikan dengan himpunan membantah pemecatan kakitangan KTMB sebelum ini.
Kenderaan
yang lalu di jalan berhampiran stesen keretapi Kuala Lumpur itu turut
membunyikan hon dipercayai tanda menyokong himpunan itu.
Polis turut kelihatan mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan KTMB sepanjang himpunan berlangsung.
Memorandum tersebut diterima Pengurus Besar Keselamatan KTMB, Meor Hamdan bagi pihak Ir Nawawi Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.