SHAH ALAM: Dua kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Barat,
Pelabuhan Klang dekat sini terbakar kira-kira pukul 7.30 malam Selasa.
Pegawai Pasukan Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Ahmad Aidil Ab Majid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada
kira-kira pukul 7.38 malam.
Menurutnya, pasukan bomba yang tiba pada 8.17 malam telah menarik salah
sebuah kapal tersebut kira-kira satu kilometer ke tengah laut dari
dermaga bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
"Sebuah lagi kapal masih berada di Dermaga 20 dan kerja-kerja memadam
kebakaran masih dijalankan pada saat ini namun tiada mangsa terlibat
dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas
malam Selasa.
Sehingga pukul 10 malam Selasa, operasi memadam kebakaran masih
dijalankan dan maklumat lanjut mengenai status kapal belum diperolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.