PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan
jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami
kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat
Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini hari ini.
Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd
(NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga
menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.
Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.
Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.