MALAYSIAKINI
Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.
Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar Azmin hari ini.
Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.
Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis yang dimeriahkan lebih 200 kakitangan
Sementara itu, PKR mengadakan mesyuarat petang ini di ibupejabatnya berhubung perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.