Oleh: Nadia Hanafi
PETALING JAYA: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengaku
tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan
mendatangkan kemarahan ahli Umno.
Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan itu melalui satu
artikel bertajuk ‘Will Rafizi Quit it Selangor is not toppled?’
Februari lalu yang mengaitkan parti itu dengan kejadian membaling
molotov cocktail dalam sebuah gereja.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini di bawah
seksyen 504 kanun keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat
hendak membangkitkan pecah keamanan.
Jika didapati bersalah, Rafizi berdepan dengan hukuman tidak melebihi dua tahun penjara, denda RM4,000 atau kedua-duanya.
Rafizi diwakili peguam N.Surendran , Eric Paulsan dan D.Rajhpar.
Manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azari
Harun.
Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi diikat jamin sebanyak RM2000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 30 September ini sebagai sebutan semula kes berkenaan.
Pada 27 ogos lalu, Rafizi telah dipanggil ke Ibu Pejabat polis daerah
Kajang untuk direkodkan kenyataan dan disiasat di bawah Akta Hasutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.