Pekerja
kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Syafiq Abdul Wahid,
24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini
atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran
pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. - Foto Bernama
PETALING JAYA - Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling
Jaya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung
amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat.
Syafiq Abdul Rahim, 24, didakwa mengeluarkan kenyataan itu melalui Facebook atas profil Persatuan Kongsi Gelap Melayu dengan niat menakutkan orang awam.
Lokasi itu melibatkan kilang arak di Shah Alam, pusat beli-belah Pavilion, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kuil Batu Caves dan Masjid Negara.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara, Bandar Kinrara, Subang Jaya, di sini pada 12.30 tengah hari, 24 Ogos lepas.
Bagi pertuduhan itu, Syafiq didakwa mengikut Seskyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Syafiq diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt ini untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang ikat jamin tersebut.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.