Warga Orang Asli di dua penempatan di Temerloh menuntut agar kerajaan mengeluarkan geran kelompok kepada mereka bagi melindungi kawasan terbabit daripada pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab.
Aktivis Orang Asli, Shafie Dris berkata langkah itu perlu disegerakan ekoran kegiatan satu syarikat pertanian yang didakwa menceroboh tanah adat mereka untuk mengusahakan tanaman pisang.
Katanya, geran tersebut akan dapat memberi perlindungan kerana perbincangan Tok Batin mereka semalam dengan Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Daerah Temerloh menunjukkan bahawa tanah tersebut telah diserahkan kepada Felda.
Ia menjawab teka-teki sebelum ini ketika mereka berdepan dengan pengusaha tanah berkenaan dalam kejadian pada akhir Ogos lalu.
Dalam kejadian itu mereka diberitahu oleh pemaju bahawa syarikat berkenaan mendapat tanah berkenaan daripada Felda, katanya.
“(Kami) menuntut agar kerajaan negeri dan pusat... agar tanah ini diiktiraf atau diwartakan mengikut pelan komuniti berdasarkan bukti yang ditunjukkan.
Shafie turut memuatkan gambar di
Facebook
, menunjukkan aktiviti jentera berat melakukan kerja-kerja tanah di kawasan yang dimaksudkan.Pembikin filem dokumentari itu turut memuatkan gambar dokumen, didakwa menunjukkan serahan tanah tersebut oleh Felda kepada syarikat terbabit.
Selain itu, beliau juga menyiarkan gambar menunjukkan operasi penguatkuasa PTG ke tapak kontroversi itu.
Tambahnya lagi, beliau kesal kerana Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri memutuskan bahawa tuntutan masyarakat Orang Asli ke atas tanah berkenaan adalah berasas.
Beliau merujuk kepada kenyataan Adnan pada Oktober 2012, selepas mereka menyerahkan memorandum untuk menuntut hak ke atas tanah adat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.